Labels

Sunday 23 December 2012

Karangan 2

 
Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.
Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.
Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.
Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.
Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.
Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.
Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.
Kepentingan menjaga kebersihan sungai

Pendahuluan:-
Sungai merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Di samping membekalkan sumber air untuk kehidupan makhluk di bumi, sungai juga merupakan habitat bagi sesetengah makhluk, menjadi alat perhubungan serta bertindak sebagai sumber bekalan makanan yang penting kepada kehidupan.
Sungai sewajarnya dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Amatlah tidak wajar anugerah yang sebesar ini dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia yang kononnya menjadi khalifah di muka bumi ini. Namun apa yang realitinya, kebanyakan sungai di negara kita kini diancam oleh pencemaran yang maha hebat, sehinggakan ada sesetengah daripadanya tidak dapat lagi berfungsi seperti biasa…
Pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak demi mencegah berlakunya pencemaran sungai, antaranya:-
Isi-isi:-
  1. Menjalankan kempen kesedaran secara berterusan betapa pentingnya sungai kepada kehidupan;
  2. Memperkenalkan mata pelajaran ‘Penjagaan Alam Sekitar’ kepada murid-murid seawal peringkat sekolah rendah lagi;
  3. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan ketat;
  4. Menggubal undang-undang penjagaan sungai yang lebih sesuai;
  5. Membanteras aktiviti pembalakan haram;
  6. Mewujudkan kawasan perindustrian yang berjauhan dari sungai;
  7. Memperbanyak dan mempertingkatkan persekitaran sungai sebagai taman-taman rekreasi dan pusat pelancongan yang menarik;
  8. Mempertingkatkan sistem pelupusan sampah ke arah yang lebih moden;
  9. Membaik pulih sungai-sungai yang telah tercemar;
  10. Kerap mengadakan aktiviti gotong-royong kebersihan dengan penduduk yang tinggal berdekatan sungai;
  11. Menggalakkan projek penternakan ikan/udang air tawar di sungai-sungai;
  12. Membina perangkap sampah di sungai-sungai yang teruk menghadapi masalah pencemaran;
  13. Merawat sungai yang tercemar;
  14. Menubuhkan unit atau pasukan sukarelawan yang menjaga kebersihan sungai;
  15. Mengelakkan pembinaan kawasan petempatan berhampiran dengan sungai;
  16. Semua agensi kerajaan dan swasta perlu mengambil bahagian dalam usaha menjaga kebersihan sungai.
Karangan 1

Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.
Jelaskan langkah-langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar.


Sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh. Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka mahupun kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar kepentingan alam sekitar.

Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan slogan negara “ Negara Bersih, Rakyat Sihat ”


Keratan Akhbar
Kategori
Tarikh
Sumber
Lokasi
No.KategoriTajukTarikhSumberLokasi
1Pengurusan SungaiSisa kilang cemar Sungai Semang30.3.2012Sinar HarianKerian
2BanjirProjek RM493 juta diluluskan - Tebatan Banjir di Kerian bakal dilaksanakan25.3.2012Sinar HarianKerian
3Lain-lainRM1.1 juta bina kemudahan asas23.3.2012Sinar HarianHilir Perak
4BanjirMohon Peruntukan RM11 juta - Usaha pentadbiran daerah mengatasi masalah banjir15.3.2012Sinar HarianHilir Perak
5Lain-lainAustralia becoming hotter15.3.2012The New Straits TimesAustralia
6BanjirJPS diminta kaji punca1.3.2012Sinar HarianKinta / Batang Padang
7BanjirBanjir Kilat terburuk : Zambry21.2.2012Sinar HarianKinta / Batang Padang
8BanjirPerak Terima Peruntukan Lebih RM555 Juta
Kualiti Air Sungai
Terdapat berbagai-bagai cara menyatakan kualiti air sungai. Salah satu cara ialah dalam bentuk kelas iaitu dari Kelas I hingga Kelas V. Kelas I adalah yang terbaik manakala Kelas V adalah yang terburuk. Kelas kualiti air ini ditentukan berdasarkan kepada Indeks Kualiti Air (WQI). Ia ditentukan melalui 6 parameter iaitu pH, DO, BOD, COD, TSS dan Ammoniacal Nitrogen.

Jadual Kelas Kualiti Air Sungai
Kelas Indeks Kualiti Air Kegunaan Air
Kelas I92.7 – 100.0Pemeliharaan secara semulajadi
Rawatan air yang sangat minimum
Spesis hidupan air yang sangat sensitif
Kelas II76.5 – 92.7Rawatan air konvensional
Spesis hidupan air yang sensitif
Sesuai untuk rekreasi
Kelas III51.9 – 76.5 Rawatan air lebih menyeluruh
Sesuai untuk haiwan ternakan
Kelas IV 31.0 – 51.9 Sesuai untuk pengairan
Kelas V0.0 – 31.0 Air yang tidak dapat dimanfaatkan
Satu lagi cara ialah dengan menyatakan kualiti air sungai dalam bentuk kategori iaitu Bersih, Sedikit Tercemar dan Tercemar yang juga ditentukan melalui 6 parameter yang sama.


Jadual Kategori Kualiti Air Sungai
Kategori Indeks Kualiti Air
Bersih81 – 100
Sedikit Tercemar 60 – 80
Tercemar0 – 59

Kualiti Air Sungai Di Negeri Perak (Sumber : Jabatan Alam Sekitar)
Tahun Bil. Sungai
Dipantau
Kelas Kategori
I II III IV V Bersih Sedikit
Tercemar
Tercemar
2009 525 2819 - -2723 2
2008 52431 17 - - 30 21 1
2007 52332 161 - 3119 2
2006 521 32 17 2 -28 19 5
2005 522 2918 3 - 29 14 9
2004 44- 25 19 - - 2123 -
Rancangan Sungai di Perak .


Inflatable Rubber Dam di Sungai Kinta, Bandaraya Ipoh
Projek ini terletak di Sungai Kinta diantara jambatan Jalan Lim Boo Seng dan jambatan Jalan Sultan Idris di Bandaraya Ipoh. Pembinaan "inflatable rubber dam" ini adalah sebagai struktur kawalan dasar dan pada masa yang sama menaikkan paras air Sungai Kinta setinggi 2 meter. Pembinaan struktur ini yang dikawal secara automatik mampu mengawal paras air bagi meningkatkan potensi rekreasi air di Sg. Kinta. Pembinaan "rubber dam" ini juga akan memperbaiki lagi persekitaran sungai dalam bandar dan menambah satu lagi lokasi untuk beriadah kepada warga Ipoh.
Menyusuri Sungai Kinta di tengah Bandaraya Ipoh

 
Jabatan Pengairan dan  Saliran negeri Perak
Bahagian  Sungai




Bahagian Sungai bertanggungjawab merancang dan menyelaras pelaksanaan pelbagai program, projek dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pengurusan sungai termasuk penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan dasar dan perundangan bagi memastikan lembangan sungai diurus dengan sempurna untuk keperluan pemeliharaan kuantiti dan kualiti sumber air. Dianggotai oleh seorang Penolong Pengarah Kanan, 2 orang Penolong Jurutera, 2 orang Juruteknik dan 2 orang Pelukis Pelan.

Sungai adalah satu aset yang amat bernilai, bukannya liabiliti, sungai tidak dapat dipisahkan dari kehidupan. Sungai menjadi sumber air utama kepada bekalan air domestik, industri dan pertanian. Sungai juga penting dalam penjanaan tenaga hidro-elektrik, perikanan, pengangkutan air dan rekreasi, serta untuk keperluan alam sekitar bagi menampung sistem ekologi dan kepelbagaian biologi. Oleh itu sungai perlu dipelihara dan diurus dengan baik.