Labels

Tuesday 9 October 2012



Langkah Mengatasi Masalah Pencemaran di Sungai.


August 26th, 2008 by Augustine Towonsing

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran dapat dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:-

a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).

Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.

Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.

Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.

Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.

Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.



Rumusan.


August 26th, 2008 by Augustine Towonsing

Sebagai rumusan, didapati bahawa sungai di kawasan kajian ini telah tercemar dan jika kita melihat bacaan TDS meter iaitu 130 ppm yang meletakkan sungai di kawasan kajian ini sebagai sungai 'air keras' sekali gus kehilangan fungsi sebagai sumber keguanaan air domestik.

Persoalannya, siapa yang menyebabkan semua ini berlaku? Aktiviti manusialah yang membuat air sungai ini tercemar dan kotor. Jika pencemaran berterusan air sungai ini tidak boleh digunakan lagi. Penduduk di sekitar kawasan sungai membuang sampah dan tidak memikirkan akibatnya.

Manakala, sistem perparitan sekolah dan sistem perparitan utama di Taman Seri Utama dilihat menghadapi masalah untuk menyalirkan air. Keadaan yang tidak terurus ini membawa kesan yang besar ke atas sistem saliran.

Namun begitu, adalah menyadi harapan agar penduduk di kawasan kajian mengambil mengambil inisiatif untuk memikirkan supaya pencemaran yang ada dapat ditanggani atau kita biarkan sahaja dan terpaksa menanggung kesan negatif berpanjangan pada masa hadapan. Oleh itu kita perlu menjaga sistem perparitan dan kebersihan sungai untuk bukan sahaja untuk kegunaan harian tetapi juga sungai adalah sumber air percuma.


SUNGAIKU, HIDUPKU
 
Dari hulu orang bersampan,
Sambil bersampan memancing ikan,
Kalau dahulu sungailah rakan,
Mengapa kini kita abaikan.
Ikat perahu di tepi tebing,
Singgah mandi di air jeram,
Kalau dahulu berwajah bening,
Kini riaknya menjadi suram.
Nelayan menjala di tengah hari,
Rezekinya murah sebakul penuh,
Janganlah sungai kita cemari,
Kelak menjadi racun pembunuh.
Air pasang di waktu malam,
Anak desa mencari lokan,
Cintai alam jadikan amalan,
Sungaiku, Hidupku kita jayakan.



Sungai yang bersih dan cantik mewujudkan persekitaran yang sihat dan menarik untuk riadah. Pengindahan sungai sepatutnya diperlengkap dengan rancangan pelandskapan, yang di sinergi dengan keadaan semula jadi dan tradisi tempatan. Ini akan menjadikan kawasan tersebut titik tumpuan, kebanggaan dan kegembiraan penduduk setempat, yang akan memastikan keindahan dan kebersihannya. Antara contoh-contoh rancangan pengindahan yang telah dijalankan di Malaysia ialah Sarawak; kawasan hutan bakau di Bakau Tinggi, Terengganu; ‘kampung-kampung’ di Sungai Raga, Kedah dan Sungai Chongkak di Selangor. Adalah diharapkan penyertaan yang lebih aktif daripada individu dan sektor korporat dalam rancangan yang dianjurkan di dalam kawasan sekitaran mereka.