Labels

Wednesday 17 October 2012


Gambar sungai yang indah .
 
Potensi Sungai Di Malaysia
 
1. Tapak tamadun dan pusat perdagangan awal.
 
(a) Lembah dan muara sungai menjadi tapak tamadun dan pusat perdagangan awal. Contohnya Kuala Sungai Muda di Kedah muara Sungai Melaka dan lembah Sungai Kinta di Perak.


2. Sempadan antarabangsa


(a) Sungai menjadi sempadan semula jadi antarabangsa. Contohnya Sungai Golok di kelantan memisahkan Malaysia dengan Thailand dan Sungai Padaruan memisahkan Sarawak dengan Brunei Darussalam.


3. Sempadan negeri


(a) Sungai menjadi sempadan semula jadi negeri, Contohnya Sungai Bernam memisahkan Selangor dengan Perak, Sungai Muda memisahkan Kedah dengan Pulau Pinang dan Sungai Endau memisahkan Johor dengan Pahang.


4. Bekalan air dan pengaliran


(a) Empangan dibina di peringkat hulu sungai untuk membekalkan air untuk kegunaan harian dan pengairan. Contohnya Projek Pengairan Muda (Dataran Kedah) dan Projek Pengairan Kemubu (Dataran Kelantan)


5. Penjanaan kuasa hidroelektrik


(a) Empangan juga dibina di hulu sungai untuk menjana kuasa hidroelektrik. Contohnya Empangan Chendroh dan Empangan Temenggor di Sungai Perak, Empangan Kenyir di Sungai Terengganu, Empangan Batang Ai di Sungai Lupar dan Empangan Tenom Pangi di Sungai Padas.


6. Pembentukan dataran aluvium

(a) Sungai membentuk dataran aluvium di peringkat hilir untuk penanaman padi. Contohnya Dataran Kedah (Sungai Kedah), Dataran Kelantan (Sungai Kelantan) dan Delta Rajang (Sungai Rajang)

Wednesday 10 October 2012

 
Keindahan sungai kita.

 
Mari Kita menyanyi bersama-sama .

 
Aktiviti yang boleh dijalankan di tepi sungai .
 
Sungai yang cantik dan bersih adalah tanggungjawab kita semua .

Berita Utusan

Memulihara sungai tercemar


Kewujudan kilang yang banyak di tebing Sungai Pinang menyebabkan sungai ini tercemar teruk.



SETIAP tahun, penduduk dunia akan menyambut Hari Alam Sekitar pada tarikh 5 Jun. Pilihan tema tahun ini adalah Pelbagai Spesies, Satu Planet, Satu Masa Depan (Many Species, One Planet, One Future). Jika disentuh tentang alam sekitar, pasti tergambar di kotak fikiran kita betapa dunia kini sarat dengan pelbagai jenis masalah dan pencemaran. Selain isu pemanasan global yang tidak henti-henti dibincangkan umum, masalah lain seperti pencemaran sungai, pencabulan hutan, jerebu dan lain-lain turut menjadi perbahasan hangat di merata dunia.
Tidak terkecuali, negara kita juga dilanda aneka bentuk pencemaran yang jika tidak diatasi akan membawa padah kepada seluruh generasi. Antara pencemaran yang begitu menjejaskan alam sekitar di kawasan bandar adalah sungai tercemar.
Satu ketika dahulu, sungai dikaitkan sebagai nadi kehidupan masyarakat terutama pada zaman awal pembukaan penempatan manusia.
Malah, bandar purba dan sebahagian bandar moden hari ini tumbuh dan berkembang di sekitar muara-muara sungai di seluruh dunia. Misalnya, penempatan bandar pertama dunia iaitu Uruk, Erina dan Ur kira-kira 6,000 tahun lalu (4000 SM) di Mesopotamia dan Babylon dibina di lembangan sungai yang subur di Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Manakala banyak bandar-bandar utama di Malaysia hari ini berkembang di kuala-kuala sungai, misalnya Kuala Lumpur, Kuching, Kuantan dan Kuala Terengganu.
Fakta itu membuktikan kepentingan sungai sudah menyerlah sejak ribuan tahun lalu sebagai sumber yang membekalkan air bagi keperluan harian, pertanian, dan sistem pengangkutan utama.
Namun, kepentingan itu semakin dilupakan apabila sungai-sungai yang pernah menjadi nadi kehidupan manusia 'rosak' dan semakin tenat.
Lihat sahaja betapa Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang kekal dalam senarai antara sungai paling tercemar di negara ini.
Tahap pencemaran kedua-dua sungai itu menyebabkan kualiti airnya diletakkan di dalam kelas 4 (tercemar) dan kelas 5 (mati).
Bahan pencemar utama di kedua-dua sungai itu adalah sisa dari kilang-kilang yang banyak terdapat di kedua-dua tebing sungai tersebut.
Akibatnya, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar sehingga mencecah ratusan juta ringgit untuk memulihkannya.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ahmad Zaharin Aris berkata, lebih 1,000 sungai di seluruh negara dipantau secara berkala oleh Jabatan Alam Sekitar.
Menurutnya, pemantauan dilakukan mengikut hari, tetapi jika sungai tersebut mempunyai loji pembersihan air untuk bekalan air penduduk, maka pemantauan akan dilakukan mengikut jam.
Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk memulihkan sungai tercemar.
"Jumlah itu memang besar, tetapi sebenarnya ia tidak mencukupi untuk memulihkan pencemaran sungai di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia.
Pencemaran sungai yang teruk mampu merencatkan pertumbuhan ekonomi negara memandangkan kos pemulihan sungai memakan dana yang besar.
Kos bagi tujuan pemulihan sungai adalah antara RM100 juta hingga RM400 juta.
Adalah lebih baik jika peruntukan yang amat besar itu digunakan untuk tujuan lain khususnya dalam menyediakan kemudahan infrastruktur untuk penduduk.
Mengulas kaedah pemulihan sungai, Dr. Ahmad Zaharin berkata, terdapat tiga kaedah yang digunakan iaitu fizikal, kimia dan biologikal.
Kaedah fizikal memerlukan satu sistem penapis diletakkan di sungai bagi memproses sistem pengudaraan di dalam air sekali gus meningkatkan kualiti air.
Kaedah itu didapati berkesan dalam jangka masa pendek tetapi kurang praktikal untuk jangka masa panjang.
Manakala kaedah kimia melibatkan rawatan kualiti air dengan menggunakan bahan-bahan kimia tertentu.
Dr. Ahmad Zaharin yang menumpukan pada kaedah biologikal berkata, ia menggunakan konsep teknologi hijau.
"Saya telah menjalankan kajian di makmal yang mana saya dapati terdapat mikrob dan bakteria yang telah dikultur mampu merawat air tercemar," ujarnya sambil memberitahu jenis bakteria yang digunakan adalah daripada keluarga basilus.
Menjelaskan kaedah itu, katanya ekstrak yang diambil dari bakteria tersebut akan bertindak sebagai bahan pengumpul (bioflocullant) bahan-bahan terampai di dalam sungai tercemar.
Mengulas mengenai punca utama pencemaran sungai, katanya ia berpunca daripada aktiviti pembangunan tanah dan pelepasan sisa dari kilang. Selain itu, penyumbang lain adalah sisa dari ladang ternakan babi yang mana ia dilepaskan ke dalam sungai sehingga ada sungai yang 'mati' akibatnya.
Sehubungan itu, Dr. Ahmad Zaharin menasihatkan tauke ternakan babi menerima cadangan supaya sistem ternakan berpusat dapat dijalankan di negara ini.
"Memang kos permulaan mahal untuk membangunkan sistem ternakan berpusat seperti di negara maju, tetapi untuk jangka masa panjang, ia lebih baik. Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada merawat," katanya yang merujuk pencemaran sungai merupakan antara faktor merebaknya wabak penyakit tertentu.
Beliau yang kesal dengan sikap masyarakat tempatan yang masih tidak berubah dengan menjadikan sungai sebagai 'tong sampah', memberitahu keadaan itu diburukkan lagi dengan masalah penempatan haram pendatang tanpa izin dari Indonesia, India, Sri Lanka dan Bangladesh.
Menurutnya, sikap pendatang tanpa izin termasuk pekerja asing dari negara-negara tersebut yang menjadikan kawasan tebing sungai sebagai penempatan mereka, menjejaskan lagi kualiti air sungai terutama di kawasan bandar.
"Mereka membawa mentaliti dari negara asal iaitu membuang sampah di dalam sungai adalah perkara biasa," ujarnya.
Justeru, pihak berkuasa tempatan perlu membuat pemantauan dan pemeriksaan yang lebih kerap agar penempatan haram di tebing-tebing sungai diruntuhkan demi kesejahteraan sungai kita.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz28sSdE6x2
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday 9 October 2012



Langkah Mengatasi Masalah Pencemaran di Sungai.


August 26th, 2008 by Augustine Towonsing

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran dapat dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:-

a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).

Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.

Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.

Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.

Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.

Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.



Rumusan.


August 26th, 2008 by Augustine Towonsing

Sebagai rumusan, didapati bahawa sungai di kawasan kajian ini telah tercemar dan jika kita melihat bacaan TDS meter iaitu 130 ppm yang meletakkan sungai di kawasan kajian ini sebagai sungai 'air keras' sekali gus kehilangan fungsi sebagai sumber keguanaan air domestik.

Persoalannya, siapa yang menyebabkan semua ini berlaku? Aktiviti manusialah yang membuat air sungai ini tercemar dan kotor. Jika pencemaran berterusan air sungai ini tidak boleh digunakan lagi. Penduduk di sekitar kawasan sungai membuang sampah dan tidak memikirkan akibatnya.

Manakala, sistem perparitan sekolah dan sistem perparitan utama di Taman Seri Utama dilihat menghadapi masalah untuk menyalirkan air. Keadaan yang tidak terurus ini membawa kesan yang besar ke atas sistem saliran.

Namun begitu, adalah menyadi harapan agar penduduk di kawasan kajian mengambil mengambil inisiatif untuk memikirkan supaya pencemaran yang ada dapat ditanggani atau kita biarkan sahaja dan terpaksa menanggung kesan negatif berpanjangan pada masa hadapan. Oleh itu kita perlu menjaga sistem perparitan dan kebersihan sungai untuk bukan sahaja untuk kegunaan harian tetapi juga sungai adalah sumber air percuma.


SUNGAIKU, HIDUPKU
 
Dari hulu orang bersampan,
Sambil bersampan memancing ikan,
Kalau dahulu sungailah rakan,
Mengapa kini kita abaikan.
Ikat perahu di tepi tebing,
Singgah mandi di air jeram,
Kalau dahulu berwajah bening,
Kini riaknya menjadi suram.
Nelayan menjala di tengah hari,
Rezekinya murah sebakul penuh,
Janganlah sungai kita cemari,
Kelak menjadi racun pembunuh.
Air pasang di waktu malam,
Anak desa mencari lokan,
Cintai alam jadikan amalan,
Sungaiku, Hidupku kita jayakan.



Sungai yang bersih dan cantik mewujudkan persekitaran yang sihat dan menarik untuk riadah. Pengindahan sungai sepatutnya diperlengkap dengan rancangan pelandskapan, yang di sinergi dengan keadaan semula jadi dan tradisi tempatan. Ini akan menjadikan kawasan tersebut titik tumpuan, kebanggaan dan kegembiraan penduduk setempat, yang akan memastikan keindahan dan kebersihannya. Antara contoh-contoh rancangan pengindahan yang telah dijalankan di Malaysia ialah Sarawak; kawasan hutan bakau di Bakau Tinggi, Terengganu; ‘kampung-kampung’ di Sungai Raga, Kedah dan Sungai Chongkak di Selangor. Adalah diharapkan penyertaan yang lebih aktif daripada individu dan sektor korporat dalam rancangan yang dianjurkan di dalam kawasan sekitaran mereka.