Labels

Wednesday, 17 October 2012

 
Potensi Sungai Di Malaysia
 
1. Tapak tamadun dan pusat perdagangan awal.
 
(a) Lembah dan muara sungai menjadi tapak tamadun dan pusat perdagangan awal. Contohnya Kuala Sungai Muda di Kedah muara Sungai Melaka dan lembah Sungai Kinta di Perak.


2. Sempadan antarabangsa


(a) Sungai menjadi sempadan semula jadi antarabangsa. Contohnya Sungai Golok di kelantan memisahkan Malaysia dengan Thailand dan Sungai Padaruan memisahkan Sarawak dengan Brunei Darussalam.


3. Sempadan negeri


(a) Sungai menjadi sempadan semula jadi negeri, Contohnya Sungai Bernam memisahkan Selangor dengan Perak, Sungai Muda memisahkan Kedah dengan Pulau Pinang dan Sungai Endau memisahkan Johor dengan Pahang.


4. Bekalan air dan pengaliran


(a) Empangan dibina di peringkat hulu sungai untuk membekalkan air untuk kegunaan harian dan pengairan. Contohnya Projek Pengairan Muda (Dataran Kedah) dan Projek Pengairan Kemubu (Dataran Kelantan)


5. Penjanaan kuasa hidroelektrik


(a) Empangan juga dibina di hulu sungai untuk menjana kuasa hidroelektrik. Contohnya Empangan Chendroh dan Empangan Temenggor di Sungai Perak, Empangan Kenyir di Sungai Terengganu, Empangan Batang Ai di Sungai Lupar dan Empangan Tenom Pangi di Sungai Padas.


6. Pembentukan dataran aluvium

(a) Sungai membentuk dataran aluvium di peringkat hilir untuk penanaman padi. Contohnya Dataran Kedah (Sungai Kedah), Dataran Kelantan (Sungai Kelantan) dan Delta Rajang (Sungai Rajang)

6 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang bermanfaat. ^^

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana berkongsi maklumat yang baik.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  5. blog anda menarik dan teratur.Syabas.

    ReplyDelete